Hantu Mahu Saiz S

kittenlover

Humor Series 3285
4.5
(11 ratings)

Synopsis

Sekolah Sri Bangsar berhantu? Ya, siang hari ia sekolah biasa. Tetapi apabila malam menjelma, ia dipenuhi hantu-hantu dan dikenali sebagai Sekolah Seram Bangsar. Satu hari, Doktor Penatdol dari Jabatan Kesihatan Hantu telah membuat pemeriksaan. Setelah penilaian dibuat, didapati semua hantu mempunyai masalah berat badan. Toyol sudah tidak boleh mencuri kerana tersekat di pintu pagar. Pontianak sukar menakutkan manusia akibat asyik jatuh tersembam dari dahan bertenggek yang patah. Langsuir pula hanya mampu terbang rendah, macam helikopter yang rosak kipasnya. Lantas pengetua terus melancarkan program Hantu Mahu Saiz S. Tengkurock, si hantu tengkorak pula dilantik menjadi jurulatih tidak bertauliah. Punyalah semangat mahu kurus, sampai ada ikrar khas yang dicipta: "Maka kami para hantu terlajak gemuk dan tembam, Berikrar bahawa sesungguhnya, Akan menumpukan seluruh tenaga sehingga berpeluh, Bagi mengurangkan berat badan yang terlebih kilo, Dan mengempiskan perut yang terlajak boroi, Berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut; Kepercayaan kepada penimbang, Kesetiaan kepada jurulatih, Keluhuran ketika berlatih, Kedaulatan petua langsing, Kesungguhan dan kesabaran." Mampukah hantu-hantu Sekolah Seram Bangsar kembali langsing dan bersaiz S semula? Ikuti kisah ini sambil berdiet juga ya!


Share this novel

Rate this story


Comments

n4zz....
2020-11-22  1 Replies

ni novel ain maisarah ni mcm kite tk tau

Sharifah Balqis
2020-04-15  1 Replies

ciplak ke?

ivywil
2019-08-15 

Sahh! Ni dari novel Ain Maisarah..

kittenlover

14 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience