No. abang tak nak kahwin dengan Zira. Ini semua tak masuk akal! Irham tegas berkata. Tapi kalau tak kerana Nazira, abang tak akan ada disisi Liya sekarang. Dia dah selamatkan abang. Tolonglah bang, Liya sanggup dimadukan.ujar Daliya lagi. Kata-kata yang terlalu pahit untuk diungkapkan terpaksa jua diluahkan. Irham mengeluh lemah. Tangannya menyapu airmata Daliya yang mengalir dipipinya. Abang tak sanggup Liya. Abang tak mampu untuk lakukan apa yang Liya pinta. Bisik Irham perlahan. Daliya semakin diburu rasa bersalah. Dalam hatinya juga berkeras mengatakan dia tidak mahu dimadukan. Tapi bagaimana dia harus memilih antara janji dan hatinya?
View All Chapters (Total 35 Chapter)
Update 07 March 2018
2023-12-11
NINA
2022-05-07
Assalamualaikum maaf mengganggu jemput baca novel pertama saya 'Dengki halal' tq...
2021-06-10
jemputlah baca novel saya Aku Tomboy Ada Ku Kisah