Ayanna Rania

Nana Riana

Fantasy Series 13806
5
(17 ratings)

Synopsis

#FANTASI #CINTA #DUADUNIA #PERSAHABATAN AYANNA RANIA telah lama merancang hendak ke sana. Demi seorang sahabat dia sanggup mengambil risiko. Dia terlalu rindukan temannya yang bernama QIANDRA itu. Tetapi bukan mudah untuk dia membawa pulang temannya itu walaupun dia sudah berjaya menemuinya. “Siapa yang tak rindukan keluarga sendiri, Rania. Tapi, masalahnya ayahanda aku yang buang aku ke sini. Disebabkan hal empat tahun lepas itu, keluarga aku sanggup buat aku begini. Salahkah aku mencintai lelaki biasa yang tidak setaraf dengan aku?!” ~ QIANDRA “...Aku tetap dengan keputusan aku ni. Mahu atau tak, kau mesti ikut aku pulang ke sana juga. Kita cari abang REHAN dan lepas tu kita balik ke Loka Ayangan sama-sama.” ~ AYANNA RANIA Bukan itu sahaja, perasaan Rania juga tidak keruan sejak dia mengenali HAYAAZ AYISH dan juga ELAN. Hayaaz lelaki yang baik dan mesra. Dia juga prihatin terhadapnya. Tapi, ada satu yang Rania tidak berkenan dengannya. Sikap mengusik lelaki itu membuatkan hatinya tidak keruan. “Merah sangat pipi awak tu. Comel.” ~ HAYAAZ AYISH “Mestilah malu! Ini pertama kali tau lelaki dukung saya.” ~ AYANNA RANIA “Ini pun kali pertama saya juga.” ... “Kali pertama dukung puteri cantik macam awak.” HAYAAZ AYISH Lain pula dengan Elan. Usikannya lagi teruk daripada Hayaaz. Hampir setiap pertemuan mereka bergaduh. Ada sahaja yang tidak kena di mata Rania mengenai lelaki itu. Apa lagi bila mengetahui Elan itu kaki perempuan. “Kenapa dengan awak ni, hah?! Biarkan sajalah mereka nak cari buku dekat sini.” ~ AYANNA RANIA “Awak kata biarkan? Awak tak tengok mereka baik-baikkah? Mereka tak ada niat pun nak beli buku ni semua. Lagipun, di sekeliling awak ni hanya ada buku-buku budak dan juga majalah masakan.” ~ ELAN Namun disebalik keceriaan dan kemesraan Rania, dia menyimpan beban yang dia sendiri tidak dapat mengelaknya.


Share this novel

Rate this story


Comments

sitibal
2020-12-11 

author Bila nak update new chapter...citer ni best lah..rugi kalau Tak sambung

snow white :]}
2020-10-22  1 Replies

Bila nak update ??

Iqmal Izzat
2020-09-19 

Assalamualaikum semua! Lepas korang baca novel ni, jemputlah baca novel saya iaitu AKU TIDAK SEMPURNA. Hope korang boleh support dan follow saya sekali! Alang-alang tu comment la sekali ya nanti!

Nana Riana

792 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience