Series
30786
Sharifah Wahab & Alia Nazeerah Kalau aku nak sesuatu, aku akan dapat. Pertemuan tak dirancang di hadapan Syarikat Mestika telah mempertemukan dua jiwa yang berlainan dunia. MELINDA si minah brutal dan RAYYAN si mamat skema. Pertengkaran menghiasi pertemuan pertama mereka. Mengundang rasa menyampah dalam diri Rayyan. Bagi Rayyan, Melinda merupakan salah satu spesies perempuan terdesak yang pernah dia jumpa di atas muka bumi ini. Tetapi tidak bagi Melinda. Pada pertemuan pertama, hatinya tertarik. Terpikat dengan mamat skema si penghantar Food Mega tersebut. Plan cinta mula dirancang, pelbagai usaha dia lakukan untuk mendekati Rayyan. Semakin Rayyan mengelak, semakin dia galak. Semakin Rayyan menyampah, semakin dia suka! Sehinggalah akhirnya, satu kejadian hitam menyatukan mereka. Mereka berkahwin atas dasar paksa. Dan Rayyan tidak meletakkan sebarang pengharapan ke atas perkahwinan tersebut. Kehadiran Omar dan Amanda membuat onar. Menarik semula Melinda ke dalam dunia gelap yang selama ini dia cuba lupakan. Dan di saat itu, masih adakah Rayyan untuk membantunya? Dapatkah Rayyan membuka pintu hatinya untuk Melinda, si minah senget yang dia sudah berjanji akan membenci seumur hidup? Start : 20/12/2020 End : 20/12/2021
Update 06 December 2024