Jalani yang ketika itu khusyuk mendengar kisah Mak Hasmah tersenyum. Tersenyum kerana makcik yang dianggap ibu kandung itu mempunyai sifat yang manis terhadap si suami. Manis seperti kuih seri muka. Dan ketika itu juga Mak Hasmah mencapai sepotong kuih seri muka lalu memakannya. Kini kuih itu tinggal sepotong lagi. Jalani bangun – sambil membetulkan topi kebunnya. Melihat muka Mak Hasmah, dia seperti teringatkan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan dirinya tersenyum kagum. (Diterbitkan : 12 Jun 2017)
View All Chapters (Total 1 Chapter)
Update 07 March 2018