HERRA HIDDESTON

Lia Alia

Romance Series 11483
5
(22 ratings)

Synopsis

Tiba-tiba ada seseorang merempuhnya dari belakang, Herra yang tidak sempat mengelak terdorong sedikit mengakibatkan kakinya terseliuh, ketika Herra mengerang kesakitan dia tidak dapat mengimbangi diri menyebabkan tubuhnya jatuh ke dalam swimming pool yang berada dibelakangnya. Herra yang terjatuh menjadi panik di dalam air kerana dia tidak dapat menggerakkan pergelangan kakinya untuk berenang naik ke permukaan air. Dan saat itu ada seseorang yang terjun untuk menyelamatkannya. Dalam keadaan begitu Herra sempat menatap wajah orang itu, JEON SAE HYUN?? Sae hyun menarik tubuh Herra dan membawanya naik ke permukaan air. Setelah itu, Sae hyun segera mengangkat tubuh Herra untuk keluar dari swimming pool tersebut dan meletakkan tubuhnya di atas lantai. Herra yang masih cuba untuk bernafas normal terbatuk sedikit. "Herra ssi?? are you okay??" Sae hyun menolong menepuk perlahan belakang tubuh Herra. Wajahnya jelas terlihat kebimbangan begitu juga suaranya. Beberapa orang yang melihat kejadian itu turut bertanya ada yang merakam dan mengambil gambar idol pujaan ramai mereka yang menjadi hero! 'Kenapa setiap kali berjumpa mesti ada perkataan ARE YOU OKAY yang terkeluar dari mulut dia? Huh! pathetic sungguh aku! Tapi kenapa 3 patah perkataan itu boleh membuatkan hati aku berbunga siap ada rama-rama hinggap? Wait? What? Seriously Herra?' Mahu sahaja dia menepuk dahinya sendiri ketika ini. Herra yang tidak menjawab merasakan tubuhnya agak terdedah sedikit dia segera memeluk tubuh juga kerana berasa kesejukkan. Sae hyun yang menyedari segera mengambil coat baju yang sempat dia tanggalkan tadi dan menutupi tubuh Herra. "Gomabseubnida.." Herra sedikit tersentuh dengan pertolongan yang diberikan oleh Sae hyun.. "Daliga apayo? Neoneun geoleul suisseo?" Sae hyun bertanya seperti mengetahui Herra tidak boleh berjalan kerana pergelangan kakinya terseliuh. "Ehm, aniyo gwaenchanha.." Tipu Herra, dia yang tengah duduk cuba untuk berdiri ingin berjalan namun sekali lagi dia mengerang kesakitan.. "Ouch!" "Herra ssi! your ankle is sprains. Okay look! do you trust me?" Soalan Sae hyun membuatkan Herra mengerutkan dahi licinnya.. "What?" "Okay just trust me!" Herra terkejut! Tanpa sebarang amaran Sae hyun mendukung tubuhnya dan berjalan ke arah teksi yang sedia menunggu penumpang, membawanya masuk dan meminta pemandu teksi tersebut segera bergerak pergi ke hospital yang berdekatan. Orang sekeliling juga peminat Sae hyung yang melihat merakam dan mengambil gambar mereka dari tadi menjerit terkejut dan teruja.


Share this novel

Rate this story


Comments

Tg Raisya>_<
2019-04-27 

best

Norini Taib
2018-10-11 

sian herra smbg taw

Norini Taib
2018-10-11 

lma nya tgu...tp best

Lia Alia

171 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience