RAPUHNYA CINTA

SIBI

Romance Completed 6041
4.5
(2 ratings)

Synopsis

Ya, memang semuanya salah dia. Kalau dia tak paksa Adib hantarkan dia ke terminal masa itu, mesti Aira takkan pergi joging seorang-seorang. Mesti Aira takkan berjalan kaki ke taman tasik itu dan melintas jalan besar untuk ke sampai ke taman tasik. Mesti Aira takkan dilanggar oleh kereta yang dipandu laju. Mesti kepala Aira takkan terhentak ke divider jalan yang menyebabkan pendarahan teruk di kepalanya. Dan… mesti Aira takkan meninggal dunia. Memang semuanya salah Maya. Dia menipu Adib yang kereta Nadi rosak. Perkara yang sebenarnya, kereta Nadi tak rosak pun. Malah, dia tak pernah meminta Nadi menghantarnya ke terminal. Dia beritahu Nadi yang Adib akan menghantarnya ke terminal, sedangkan dia hanya memberitahu Adib pada pukul 8.00 pagi hari Sabtu itu. Dia tahu Adib takkan menolak untuk menghantarnya ke terminal pada saat-saat akhir (walaupun mungkin lelaki itu akan ‘bising’ sekejap) sebab… dia ini kan kawan baik Adib? Takkan Adib nak membiarkan dia tertinggal bas, kan? Dan dia tak sangka, penipuannya terhadap Adib itu membawa kepada satu kehilangan besar dalam hidup Adib, iaitu Aira.


Share this novel

Rate this story


Comments

msrRabbit
2018-06-17 

best;-)Chaiyo!!Check my story"my pyscho love"

dbrhjne
2016-10-29 

best tpi penghabisan kurang memuaskan

SIBI

15506 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience