Selepas mandi, Ariana sopan mengatur langkah menuruni tangga ke ruang tamu. Dari kejauhan dapat didengar suara umi dan ayahnya rancak berbual. Di celah-celah suara itu, telinganya seakan menangkap suara yang cukup biasa didengar. Langkah dihayun pantas ke ruang tamu. Di situ, Ariana sekali lagi kaku. Dia tidak silap dengar. Memang itu suaranya dan tuan punya suara itu sedang duduk selesa di sebelah ayahnya. Rancak berbual. Kata nak pergi meminang buah hati. Buat apa kat sini, hati kecilnya mengomel sendiri.
View All Chapters (Total 14 Chapter)
Update 07 March 2018
2022-10-09
besttttt
2019-12-27
good
2019-11-23
bestt