Generic placeholder thumbnail
LAUT TAK BIRU DI SEBERANG TAKIR

T. ALIAS TAIB

0

Pass BukuMelawan

Other | Completed

434 Views

(i) Sudah 12 tahunlah saya mengembara didalam belantara puisi yang serba kompleks dan penuh mistri ini, iaitu semenjak 60 tahun lagi. Sepanjang-panjang pengembaraan itu, saya chua menjelajah dan menggali rahsia2 puisi yang tersembunyi. Saya juga chuba meredah dan menchari kekuatan diri sebagai penyair. Jadi, himpunan ini ialah sebagian hasil pencarian saya daru tahun 1968-1970. (ii) Sudah 12 thun jugalah saya berkelana didalam rimba puisi yang serba aneh dan penuh jurang ini. Didalam perjalanan itu, saya sempat mendengar jeritan manusia yang dihempas dan dipulas. Saya juga sempat dihibur dengan nyanyi burung dan bunyi belalang melompat. Jadi, himpunan ini sebenarnya, ialah getaran suara langsung saya yang luka dan lara. (iii) Seluruh puisi2 ini saya tulis selama 3 tahun, dibawah nama Ali A.S dan T. Alias Taib. Seluruh puisi2 ini saya rangkumkan, yang gagah suaranya dan yang lemah nadanya. Saya perchaya kegagahan seseorang mula terserlah setelah ia mengalami peringkat kelemahan, Sebab itu didalamnya terpanchar kekuatan saya dan terpapar kegagalan saya sebagai seorang penyair. (iv) Mohon terjemah perasaan saya. View More...

Comments Write Comments

Rate