Completed
28815
KEPALANYA dipegang kuat. Cuba memastikan tiada apa-apa yang tertanggal. Kemungkinan ada komponen di dalam kepala sudah beralih posisinya disebabkan tekanan di luar kawalan ini. Perlahan, nafas ditarik dan dihembuskan. Dia cuba bertenang sehabis yang mungkin. Matanya sudah beralih ke hadapan. Wajah Derrick dipandang tajam. Kalau boleh dibuat gulai, sudah dibuatnya sekarang. “Apa dear-dear?! Dah bagi sakit hati aku, boleh pulak duk panggil dear. Ikutkan hati tengah panas ni… saya campak awak dekat luar. Biar kena gilis dengan kapal terbang!” marah Zatilhusna. Dihamburkan sahaja kata-kata kerana dia amat yakin, Derrick tidak memahami walau sepatah.
Update 06 December 2024