GANGGUAN

Miz M

Horror & Thriller Completed 7342
4.3
(7 ratings)

Synopsis

Nama saya Hamdan. Saya berumur 29 tahun. Saya sudah berkahwin dan kini menetap di sebuah bandar di Melaka. Saya dan isteri saya mempunyai perniagaan sendiri dan kami hanya bekerja berdua. Kami mempunyai pejabat sendiri di sebuah bangunan yang agak lama yang terletak di Ayer Keroh. Bangunan tu mempunyai banyak lot-lot kecil untuk disewa, namun tempat itu tidak mendapat sambutan. Hanya di tingkat bawah sahaja yang ada beberapa lot kedai telah disewa. Namun, tetap tidak penuh. Dan kawasan di bangunan itu memang tak meriah kerana tak ramai orang ke sana. Saya menyewa pejabat di tingkat yang paling atas sekali kerana harga sewanya tersangat murah. Di pejabat, saya langsung tidak memakai pekerja, saya hanya mencari ejen yang hanya kerja dari rumah iaitu promoter secara atas talian yang boleh kerja dari mana-mana kawasan pun. Di pejabat selalunya hanya saya dengan isteri saya sahaja. Kadang-kadang ada kawan-kawan datang, kadang-kadang saya bawa anak-anak bersama datang pejabat. Kerana kami selalu buat kerja di pejabat kadang-kadang sampai lewat malam.


Share this novel

Rate this story


Comments

Nur Aliya
2023-10-08 

best cerita ni seram dan mungkin kisah nyata keep it up!!

NINA
2018-08-02 

NINA

fiz fea
2017-10-31 

best

Miz M

15511 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience