SAMPAI SYURGA (C)

BABY BOY

Drama Completed 16422
5
(167 ratings)

Synopsis

Mengisahkan dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was" Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memiliki rupa paras yang kacak kerana ada kacukan melayu-inggeris. Farhan - Seorang remaja melayu berusia 17 tahun yang memiliki perangai panas baran tetapi selalu ada ketika Rafiq dalam kesusahan. ••• Farhan menyorok di celah ketiak Rafiq untuk melindungi dirinya dari terkena panas juga. Nasib lah Rafiq ini lebih tinggi daripadanya. Tinggi Rafiq 180cm, Farhan pula 163cm sahaja. "Eh, eh. Apa ni?" Kata Rafiq setelah melihat Farhan merapatkan tubuh dengannya. "Aku panaslah. Nak berlindung kejap je." Balas Farhan dengan muka tidak bersalah. "Tadi kau kata aku macam longkang kan? So kiranya bau aku pun macam longkanglah kan? Ni tak malu ke dekat dengan longkang?" Kata Rafiq menyindir kembali. "Ketiak kau bau longkang pun longkanglah janji aku tak hitam." Balas Farhan bersahaja langsung tidak terkesan dengan sindiran Rafiq itu. ••• "Shu... Shu... Dah... Dah... Aku dah maafkan kau. Janganlah emosi sangat si manja pipi merah-merah sayang saya sorang ni." Teriakkan Farhan jadi semakin kuat sebaik sahaja tubuhnya dipeluk erat. "Aku janji aku akan jadi sahabat baik kau sampai bila-bila. Aku janji. Aku akan jaga kau macam adik aku sendiri." Pujuk Rafiq seperti seorang abang yang penyanyang. "Kat dunia ni aku dah takde adik-beradik lain dah Rafiq. Aku anak tunggal. Kau ajelah yang aku ada." Farhan menyeka air matanya. Semakin lama semakin perlahan tangisannya. ••• "Yalah sayang kawan aku sorang ni. Suka nak manja dengan aku kan? Hahaha." Kata Rafiq sambil merangkul erat bahu Farhan. "Yalah, aku kan anak tunggal. Nak manja dengan siapa lagi." Kata Farhan sambil menyeka sisa air matanya. "Yalah, yalah. Kau kan adik aku, adik nak manja-manja dengan abang dia. Hahaha." "Yish, janganlah perli." Kata Farhan dengan rasa malu. Dada Rafiq ditumbuknya sekali perlahan. "Haha, alah gurau. Aku nak ceriakan kau je." Ucap Rafiq dengan senyuman mekar di mulutnya. TAMAT 16/2/2019 (SABTU) 11.19 PAGI


Share this novel

Rate this story


Comments

love myself
2020-09-10 

???????? best citer ni..tpi jalan ceritanya sedih????

Syamsia Misli
2020-08-10 

Sedih.. Sampai xdpt nk baca betul2 sbb air mata duk mengalir je..

BABY BOY

962 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience