MAINAN TAKDIR

AMYRA WONG

Humor Completed 12877
4
(14 ratings)

Synopsis

“Hajat apa?” Kali ini mak pula yang menyoal. “Saya mahu meminang Fiona, mak cik,” suara Encik Zack, masih lagi dengan nada yang tenang. Macam sudah berlatih di rumah sahaja gayanya. “Hah?!” Serentak itu aku dan mak terjerit kerana terkejut. Mulut masing-masing sudah terlopong. Mahu tak terkejut, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba datang meminang. “Mana keluarga Encik Zack? Err… mak cik bukannya apa. Selalunya kan… kalau meminang tu, bukan ke… err… datang dengan keluarga?” tanya mak lagi. Kedengaran mak cuba menyusun ayatnya seelok mungkin. Tidak mahu mengguris hati Encik Zack barangkali. “Saya anak yatim piatu. Tapi mak cik dengan Fiona jangan risau. Ini kira meminang tak rasmilah. Nanti kalau mak cik dan Fiona setuju, saya akan bawa rombongan meminang secara rasmi,” jelas Encik Zack. Sekali lagi mulut aku dan mak terlopong. Boleh masuk dua biji mikrofon. Satu ke mulut mak, dan satu lagi ke mulut aku.


Share this novel

Rate this story


Comments

Arra faera
2021-01-06 

hai, jemput baca Miss Lolipop dan jangan lupa komen

msrRabbit
2017-11-21 

Bacalah novel saya "love you mr dingin"..Fast update n best tau..tq

Nurraina
2017-11-13 

Bolehlah

AMYRA WONG

15516 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience