Generic placeholder thumbnail
Seindah Cinta Rizman

Hazzel

4.9

Free

Romance | Completed

8724 Views

"Terima kasih cikgu! " Kata Rizman sambil angkat tangannya. Cikgu Syuhada senyum dengan anggukan. Apa lah budak Rizman ni. Sedang sibuk dia melihat cikgu Syuhada memastikan buku buku tersebut lengkap sudah di kembalikan. Rizman terpandang akan gadis yang duduk di tidak jauh darinya. Gadis itu duduk sambil melihat buku buku yang ada di hadapannya. Gelagatnya nampak macam tengah kira buku tersebut. Rizman senyum sendiri. Hurmmm... Idea gatal sudah muncul. Sementara dia menunggu gilirannya untuk ambil buku dari kelab SPBT itu, apa kata dia mengenal kenalan baru. Targetnya, gadis yang bertudung labuh di hadapannya. "Hey! " Jeritnya perlahan. Tidak mahu cikgu Syuhada dengar akan panggilannya. Takut pula dia kena cakap mengatal. Dah lah boleh tahan juga dia popular kat sekolah tu. Habis reputasi dia sebagai pelajar contoh hanya sebab dirinya yang suka mengusik. "Awak! " Rizman masih lagi mencuba. Asal pula perempuan ni? Tak dengar ke pura pura tak dengar. Ke pelak? Rizman mula dengan spekulasi merepeknya. Gadis itu masih lagi dengan buku teks yang tengah bersusun di hadapan. Macam tengah serius sangat tu. Tak apa Rizman. Cuba lagi! "Awak!" Dengan seruan itu, kertas renyuk yang di jadikan betuk boleh dia layangkan pada gadis tersebut. Caya lah! Tepat tepat kena kat kepala gadis itu. Rizman mengangkat tangan bila gadis itu sudah menoleh melibat ke arabnya. Rizman lambai tangan tanda pengenalan. "Hai awak! " Ceria sahaja dia melambai tangannya pada gadis itu. Fuh! Boleh tahan juga comel gadis tersebut. Namun, senyuman yang dia berikan di balas jelingan tajam pula. Erk! Salah ke apa dia buat tadi? View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

Miss_aliena

Best,jemput baca cerita saya,"Selamat tinggal cahaya"

31/01/2019 01:58 PM

Profile Picture

miss aliena

best dan sedih ending dia..cerita hazzel semua the best!: )

02/01/2019 03:18 AM

Profile Picture

Amni Qushayyi

Huuwaaa... Sedeyh sangat... First time bace novel nanges...

12/10/2018 01:48 AM

Rate