BISIKAN JAHAT

IZAZA HAG

Romance Completed 5104
3.9
(9 ratings)

Synopsis

“Mata kau sakit ke? Atau mata kau memang jenis macam tu? Kesian! Cacat rupanya!” perli Suhaila yang bengang dengan cara Fairuz mengenyit mata. “Ha`ah mata aku ni tiba-tiba cacat bila terpandang wajah poyo kau yang jual mahal!” “Siapa poyo?! Kau tu yang poyo..eee!” Rasa nak dibaling sahaja buku yang masih dipegangnya. Silap hari bulan tas tangannyajuga dibalingkan. Geram teramat sangat. “Lelaki poyo nilah yang selalu intai kau mandi,”


Share this novel

Rate this story


Comments

bla bla bla
2021-04-14 

"Tak perlu nak panggil-panggil mama lagi. Bukan mama tak tahu, kamu dah beli rumah dekat Desa Tebrau, kan? Jadi kenapa mesti kamu duduk menumpang di rumah mama lagi? Kamu boleh berhambus sekarang! Angkut kain baju kamu!" "Mama halau Firz kerana perempuan tu?" "Perempuan tu? Aik, bukan kamu kata Renda tadi isteri kamu? Sekarang dengan senang hati kamu panggil dia 'perempuan tu'? Kamu memang tak layak nak menjadi suami dia Firz. Memang kamu tidak layak! Sekarang kamu keluar. Keluar!" "Baik. Firz akan keluar dari sini. Lagipun Firz tak nampak apa fungsinya keluarga ni bila melebihkan perempuan pelacur tu!" "Ahmad Firasz!"  Tidak semena-mena sahaja mukanya ditampar. Kali ni tidak berkelip dia melihat. Bukan Fazreen, bukan Ria Farihan yang melakukannya tetapi Ahmad Fizarul. "Along...." "Sekarang kau kemas semua barang kau, berhambus dari rumah mama! Sekarang!"  Tengkingan Ahmad Fizarul kuat bergema di dalam banglo tiga tingkat tersebut. Mak Merah yang berada di dapur bergegas ke ruang makan melihatkan Ahmad Firasz terduduk di sofa. Tamparan daripada Ahmad Fizarul ke wajah lelaki itu masih berbekas di pipinya. Seingat Ahmad Firasz, kali terakhir dia dibelasah teruk oleh Ahmad Fizarul adalah setahun yang lalu. Itu pun bila dia meninggikan suara pada mamanya bila ditegur akibat kerap pulang lewat. Masih terikut-ikut lagi perangai yang dibawa dari UK dahulu. Bayangkan sahaja paip getah itulah yang menyapa tubuhnya bila Ahmad Fizarul 'naik hantu'. Fazreen dan Omar juga tidak mampu untuk menghalang. "Along dah pesan apa pada kamu dulu?" "Hah?" "Along dah pesan apa pada kamu dulu, Ahmad Firasz?"  Mencerlung mata Ahmad Fizaruk merenung Ahmad Firasz saat itu. Tidak berani Ahmad Firasz untun menentang mata abang sulungnya. "Firz... Firz tak tahu!" "Sekali kamu sakiti mama, samalah seperti kamu menyakiti along. Sekarang baik kamu keluar rumah ni sebelum benda lain yang jadi. Keluar!" Tersentak Ahmad Firasz apabila Ahmad Fizarul menengking. Segera dia berlalu ke biliknya di tingkat atas. Beberapa helai pakaian dimasukkan ke dalam beg miliknya. Segala dokumen kerja dan barangan yang dianggap penting, turut disumbat ke dalam beg tersebut. Melangkah dia turun bila sudah bersedia untuk berhadapan dengan segalanya. "Ma...."  hulurun tangan Ahmad Firasz untuk bersalaman tidak diendah langsung oleh Fazreen. Fazreen dan Ria Farihan berlalu ke dapur. Walaupun terasa hatinya disiat-siat melihatkan anak yang dikandungnya pergi, dia perlu tetap dengan keputusannya! Ahmad Firasz perlu diajar untuk lebih menghormati. Bila tangannya dihulur pada Ahmad Fizarul, situasi sama juga berlaku. Hanya Ahmad Fizarul yang tidak terus bergerak ke bahagian dapur. Pesanan mamanya sebentar tadi perlu didampaikan pada Ahmad Firasz. "Mama beritahu along, mulai esok mama tak nak kau jejakkan lagi kaki kau di Seri Surya. Tidak kira apa pun yang terjadi!" "Tapi?" "Tiada tapi-tapi lagi Firz. Kau keluarlah sekarang. Sebelum along naik berang melihat muka kau di rumah ni."  Ahmad Fizarul berpaling daripada melihat Ahmad Firasz. Ahmad Firasz merenung rumah milik keluarganya buat kali terakhir. Sebak terasa di jiwa bila kehadirannya tidak diperlukan oleh penghuni di rumah itu lagi. Terasa seakan dirinya sebagai orang asing. Malah tiada lagi kemewahan juga kedudukan dalam Seri Surya. Ke manalah hendak dibawa masa depannya nanti? Berjalan Ahmad Firasz menghampiri keretanya. Kereta itu melucur laju meninggalkan pekarangan banglo tersebut. Ada mata yang memerhati penuh kesayuan dari jendela dapur rumah. Tidak putus hatinya berdoa, suatu hari nanti anaknya akan kembali. Kembali dengan kebaikan di hati. "Mama sayang Firz...."  luah Fazreen perlahan. *************** BERSAMBUNG......

Hampas Nyiur
2020-01-11 

Good

SyiRa SaZini
2019-01-04 

okeylah.. kes cemburu

IZAZA HAG

15515 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience