"Hah, terkejut, kan? Tia pun tak sangka mulanya Muzamil tu anak kawan mama Tia. Dah lama kami kenal hingga belajar pun sama-sama tapi tadi baru kami bersembang panjang lebar. Oh, tadi masa makan malam, mama Muzamil ada usik Tia. Katanya, bertuah dapat bakal menantu macam Tia," terang Fathia. Dia dah tersenyum macam kerang busuk. Berangan cinta dengan Muzamil. Bakal menantu? Oh, kali ini Hanis rasakan dia benar-benar mahu rebah namun segera dia duduk di kerusi belajar. Kedudukannya dibetulkan. Bimbang dia jatuh seketika nanti. Tidak, hal ini tak boleh dibiarkan. Muzamil miliknya! Tapi... Bukankah Fathia adalah teman baiknya? Tak kan kerana lelaki seorang, satu persahabatan mahu dihancurkan. Apa pula akan jadi pada Fathia nanti jika dia mengetahui akan hubungan cintanya dengan Muzamil? Argh! Tidak! Kusut!
View All Chapters (Total 12 Chapter)
Update 07 March 2018
2021-08-02
hi there! invite to come my novel Mr Luth : My Prince Charming. tq dear :)
2019-04-16
bestt
2018-04-08
best